Minyak Sawit Di Dalam Diet Anda
Minyak dan lelemak merupakan komponen yang penting dalam pemakanan. Selain menyumbang kepada tenaga yang diperlukan oleh tubuh, ia juga membantu meningkatkan rasa makanan
Pelbagai minyak sayuran, bijian, dan lemak haiwan telah digunakan sebagai sumber lemak. Minyak sawit merupakan salah satu minyak yang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Minyak sawit mengandungi 50% lemak tepu, 40% lemak mono tak tepu dan 10% lemak poli tak tepu.
Pengambilan minyak sawit mengikut jumlah lemak yang disarankan sebagai sebahagian daripada pemakanan yang sihat dan seimbang, mampu mengekalkan paras kolesterol yang normal.
Kebanyakan kajian klinikal menunjukkan minyak sawit memberikan kesan yang neutral kepada paras kolesterol dalam darah dan pengambilannya memberikan kesan yang sama dengan pengambilan minyak lain yang kaya dengan lemak tidak tepu. Bahkan, minyak sawit boleh digunakan dengan selamat sebagai pengganti kepada minyak zaitun yang memberikan khasiat baik yang sama terhadap kesihatan jantung.
Selain itu, minyak sawit mempunyai kestabilan oksidatif yang tinggi berbanding minyak masak lain yang kaya dengan lemak poli tak tepu. Apabila minyak sawit digunakan untuk masakan seperti menggoreng pada suhu tinggi, dengan minyak penuh, minyak sawit tidak mudah rosak dan makananan yang dimasak akan tahan lebih lama.
Palm Oil in Your Diet
Oils and fats are used in daily cooking preparation to provide energy and to enhance the flavour of the food.
Different oilseods and vegetable oils as well as animal fats have served as the source for these fats. Among these, palm oil has historically one of the most commonly used fats in the world.
Palm oil contains 50% saturated falty acids (SFAs), 40% monounsaturated falty acids (MUFAs) and 10% polyunsaturated falty acids (PUFAs).
Palm oil consumption within the total lat recommended level as part of balanced and healthy diet keeps the total cholesterol within normal limits.
Many human studies also reported that palm oil has neutral effect on the total cholesterol levels and is comparable to those of unsaturated rich oils. In fact, palm oil can be safely used as substitute for olive oil with the same heart health benefits.
Palm oil has high oxidative stability compared to polyunsaturated rich oils. When it is used for high temperature cooking such as deep frying, palm oil do not easily deteriorate and food cooked with palm oil has a longer storage life.
Prepared by Sabrina



